Monday, January 17, 2011

lagi tentang jodoh...

doa ini diambil dr blog seorg hamba Allah:: sila hayati ::

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Terima kasih Allah, terima kasih. Amin.

Saturday, January 15, 2011

Erti sebuah perkahwinan...


"...Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..." dalam betul maksud ayat ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya yg bertajuk Aku Terima Nikahnya...beliau cuba berkongsi pengalaman sendiri tetapi diolah menarik dalam karya ini..ada isu2 lawak diselitkan..bermula dgn perkenalan antara beliau dan isteri yg xpenah bersua, hanya melalui senior.sampai masa meminang br kenal...redhanya hamba Allah yg ini..aku mmg xbleh la..hahaha

sedar xsedar dh setengah buku aku habiskan bacaan..menarik, walaupun di awal agak boring..hehehe...jgn marah ustaz.part yg agak best :: bertunang :: ada yg bertanya, berapa kali dia bleh sms tunang dia, then ustaz 2 tanya balik..'berapa kali? anta nak dalil Quran dan hadis ke tentang jawapan berapa kali ana nak beri?'..sambung lagi 'Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan'..mintalah fatwa dari hati..telefon, email, sms...tanya khabar...cuma bersederhanalah...

.::Itu aje::.